Anda berada di sini: Laman UtamaSEKSYENSEKSYEN KHASMAKLUMAN UNTUK KONTRAKTOR

MAKLUMAN UNTUK KONTRAKTOR

 

MAKLUMAN KEPADA SEMUA KONTRAKTOR KELAS GI & G2

Dimaklumkan pejabat ini tidak menawarkan secara terus sebarang projek kepada mana-mana pihak kontraktor. Semua projek dibawah peruntukan Kementerian Kewangan (PIA/PIAS) adalah dilaksanakan oleh Agensi Pelaksana seperti Pejabat Residen dan Pejabat Daerah. Surat tawaran projek kepada pihak kontraktor yang terpilih juga akan di keluarkan oleh Agensi berkenaan. Sehubungan itu, pihak kontraktor diingatkan agar tidak melayan dan disyorkan untuk membuat aduan Polis sekiranya ada pihak yang menawarkan kerja/projek yang kononnya dibuat atas arahan mana-mana pegawai dari pejabat ini.

Semua Kontraktor Kelas G1 dan G2 yang berdaftar di bawah Construction Industry Development Board (CIDB) adalah disarankan agar berhubung dengan Pejabat-Pejabat Daerah di seluruh Negeri Sarawak dari semasa ke semasa untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan projek-projek kecil Persekutuan pada tahun 2015. Kontraktor-kontraktor juga dinasihatkan untuk memastikan tempoh lesen bagi kelas masing-masing masih lagi sah sebelum membuat sebarang bidaan kerja.

 

HAK CIPTA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK DAN KANDUNGANNYA YANG TERMASUK MAKLUMAT, TEKS, IMEJ, GRAFIK, FAIL SUARA, FAIL VIDEO DAN SUSUNANNYA SERTA BAHAN-BAHANNYA IALAH KEPUNYAAN (NAMA AGENSI) KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA. TIADA MANA-MANA BAHAGIAN LAMAN WEB INI BOLEH DIUBAH, DISALIN, DIEDAR, DIHANTAR SEMULA, DISIARKAN, DIPAMERKAN, DITERBITKAN, DILESENKAN, DIPINDAH, DIJUAL ATAU DIURUSKAN BAGI TUJUAN KOMERSIAL DALAM APA BENTUK SEKALIPUN TANPA MENDAPAT KEBENARAN SECARA BERTULIS YANG JELAS TERLEBIH DAHULU DARIPADA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK.

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI OLEH PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.

PAPARAN TERBAIK RESOLUSI 1024x768 IE 7.0++/MOZILLA FIRFOX/GOOGLE CHROME

PETA LAMAN     DASAR KESELAMATAN     DASAR PRIVASI     PASUKAN WEB


 

#