Anda berada di sini: Laman UtamaMENGENAI KAMIPERUTUSAN PKN

Perutusan Pegawai Kemajuan Negeri Sarawak

 
 
 PKN
 

Assalamualaikum w.b.t, Salam Negaraku, Salam Sarawak Ibu Pertiwiku dan Salam 1ICU

 

               Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak (PPPNS). Laman Web Rasmi PPPNS berfungsi sebagai platform di antara kerajaan dan rakyat. Menerusi Lawan Web Rasmi PPPNS, rakyat boleh mendapatkan info terkini mengenai projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Sarawak.

Perkhidmatan Teras Utama Pejabat ini ialah menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan dan outcome Program/Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT). Selain itu, Pejabat ini turut bertanggungjawab mengurus peruntukan serta melaksana dan memantau Program/Projek Khas YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri. Akhir sekali, Pejabat ini bertanggungjawab menyelaras, memantau dan menilai Program/Projek Kesejahteraan Rakyat yang melibatkan golongan sasar rakyat yang miskin dan miskin tegar.

PPPN Sarawak mengalu-alukan sebarang pandangan, idea kreatif dan input inovasi yang membina bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini dan sekaligus meningkatkan kualiti serta outcome penyampaian perkhidmatan jabatan. Semoga setiap perkongsian informasi yang dibekalkan dapat memberi manfaat kepada semua.

“Selamat Melayari Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak”. “Info di jari anda”

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

TUAN MOHD ZAKI BIN MAHYUDIN
PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI SARAWAK

 

 

HAK CIPTA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK DAN KANDUNGANNYA YANG TERMASUK MAKLUMAT, TEKS, IMEJ, GRAFIK, FAIL SUARA, FAIL VIDEO DAN SUSUNANNYA SERTA BAHAN-BAHANNYA IALAH KEPUNYAAN (NAMA AGENSI) KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA. TIADA MANA-MANA BAHAGIAN LAMAN WEB INI BOLEH DIUBAH, DISALIN, DIEDAR, DIHANTAR SEMULA, DISIARKAN, DIPAMERKAN, DITERBITKAN, DILESENKAN, DIPINDAH, DIJUAL ATAU DIURUSKAN BAGI TUJUAN KOMERSIAL DALAM APA BENTUK SEKALIPUN TANPA MENDAPAT KEBENARAN SECARA BERTULIS YANG JELAS TERLEBIH DAHULU DARIPADA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK.

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI OLEH PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.

PAPARAN TERBAIK RESOLUSI 1024x768 IE 7.0++/MOZILLA FIRFOX/GOOGLE CHROME

PETA LAMAN     DASAR KESELAMATAN     DASAR PRIVASI     PASUKAN WEB


 

#