Anda berada di sini: Laman UtamaSUMBER DATASOALAN LAZIM / FAQs

Apakah eKasih ?      
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. 

 
Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih ?      
Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan bedasarkan pendapatan per kapita isirumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isirumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan Bandar.
     
Bagaimana untuk mendaftar?
Pendaftaran secara terbuka atas talian (online) boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang ekasih.icu.gov.my.
      
Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR) ?      
Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberitanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah dimana dia tinggal.
     
Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR) ?      
Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih.
      
Siapakah yang dimaksudkan sebagai miskin dan miskin tegar ?      
Berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) melalui Laporan Penyiasatan Isirumah (HIS) yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2007, miskin tegar ialah golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM430.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM540.00 bagi Sabah dan RM520.00 Sarawak. Manakala pendapatan perkapita isirumah tersebut adalah RM100.00 bagi Semenanjung, RM110.00 bagi Sabah dan RM115.00 bagi Sarawak dengan bilangan isirumah 4.4 Semenanjung, 5.2 bagi Sabah dan 4.6 bagi Sarawak.
Miskin tegar - adalah dikalangan isirumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari PGK makanan. PGK makanan adalah berdasarkan keperluan harian kilokalori setiap individu berdasarkan metodologi PGK makanan 2005 bagi Malaysia ialah RM415.00.
Miskin - Berdasarkan PGK 2007, golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM720.00 bagi Semenanjung, RM960.00 bagi Sabah dan RM830.00 bagi Sarawak.
Mudah Miskin - Golongan yang mempunyai pendapatan melebihi PGK bermaksud treshold di bawah RM1500.00 bagi bandar dan RM1,000.00 bagi luar bandar.
      
Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan ?      
Bank data eKasih tidak memberi bantuan. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan. Kepada KIR yang ingin memohon bantuan perlu memohon sendiri kepada agensi-agensi berkaitan yang memberi bantuan..
          
Bagi penerima bantuan daripada agensi tetapi KIR/AIR tidak berdaftar dalam eKasih perlukah mereka didaftarkan ?      
Penerima bantuan tersebut tidak perlu didaftarkan, pihak agensi pemberi bantuan/program tersebut boleh menghantar senarai penerima bantuan kepada ICU JPM (pentadbir sistem) untuk dimasukkan kedalam system eKasih dibawah ketegori penerima bantuan. Senarai Penerima Bantuan ini pula akan diverifikasi dari masa ke semasa.

BAHAGIAN PROJEK KHAS

  1. Apakah jenis projek-projek yang dibenarkan ?
    Projek-projek yang dibenarkan adalah meliputi :
    1. projek infrastruktur awam / asas.
    2. program sosial.
    3. kebajikan sumbangan yang mempunyai kepentingan ramai.
  2. Apakah jenis projek-projek yang tidak dibenarkan ?
    Bagi projek-projek yang digunakan bagi kepentingan individu, sesebuah badan politik, kelab atau persatuan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan membuat keuntungan adalah tidak dibenarkan.
  3. Siapakah penerima yang menerima peruntukan dari Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri ?
    Penerima projek-projek di bawah Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri adalah terdiri daripada pelbagai kaum rakyat Malaysia bagi menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan atau dinaiktarafkan meliputi kemudahan infrastruktur asas, infrastruktur awam, masjid dan surau serta program/pemberian/sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), golongan rakyat miskin, persatuan-persatuan penduduk, dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
  4. Bagaimanakah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri yang diberi dibelanjakan ?
    Peruntukan berkenaan adalah peruntukan Kerajaan yang dibelanja mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling berkaitan serta Akta Acara Kewangan.
  5. Siapakah yang meluluskan permohonan yang dibuat dibawah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri ?
    Kuasa meluluskan Peruntukan Khas hanya boleh dibuat oleh Y.A.B Perdana Menteri. Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan boleh meluluskan peruntukan ini melalui penurunan kuasa yang diberi oleh Y.A.B Perdana Menteri.
  1. Apakah itu Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) dan organisasi mana yang terlibat dalam pelaksanaannya ?
    SPP II ialah satu sistem di bawah Kerajaan Elektronik yang merupakan salah satu aplikasi perdana di bawah Multimedia Super Koridor (MSC). Bermula pada tahun 1999, Ia telah di laksanakan dan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mei 2001 oleh Mantan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ( ICU JPM) dipertanggungjawabkan untuk membangunkan sistem ini. Secara keseluruhan, skopnya meliputi semua proses pelaksanaan pembangunan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) bermula daripada perancangan projek hinggalah ke proses pembayaran projek. Agensi utama yang terlibat selain daripada ICU JPM ialah Unit Perancang Ekonomi (UPE) , Perbendaharaan, Jabatan Akauntan Negara (JANM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Semua Kementerian dan Jabatan/Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan projek pembangunan di bawah Peruntukan Belanja Pembangunan merupakan pengguna utama sistem ini di samping Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah sebagai agensi pemantauan peringkat Negeri dan Daerah.
  2. Siapakah pengguna SPP II ?
    Pengguna SPP II adalah terdiri daripada semua kementerian dan agensi yang terlibat.
  3. Apakah saluran untuk melaporkan masalah berkaitan pelaksanaan dan penggunaan SPPII ?
    Pengguna perlu membuat log masalah tersebut ke dalam sistem Call Centre atau telefon ke talian 03-8000 8000 tindakan selanjutnya oleh Pentadbir SPP II.
  4. Apakah projek-projek yang dipantau oleh SPP II ?
    Projek-projek yang dipantau dalam SPP II adalah projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Private Finance Initiatives(PFI).
  5. Bolehkah ia dicapai di mana-mana lokasi?
    SPP II boleh dicapai di mana-mana lokasi yang mempunyai capaian Putrajaya Campus Network (PCN) dan 1GovNet.

Apa itu Program Rimbunan Kaseh ?
Program Rimbunan Kaseh merupakan salah satu pelan pembangunan transformasi luar bandar secara mampan melalui penyediaan rumah yang selesa dan dilengkapi kemudahan asas serta disokong dengan pelbagai aktiviti pertanian bernilai tinggi dan berteknologi moden. Program ini merupakan kerjasama strategik di antara sektor awam yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan agensi swasta yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar bandar, mengimbangkan pertumbuhan ekonomi di antara kawasan luar bandar dan bandar disamping menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Rimbunan Kaseh adalah sebuah model komuniti yang melibatkan pembinaan 100 unit rumah melalui kaedah industrialised building system (IBS) dan pertanian bersepadu menggunakan kaedah modern integrated farming. Program ini dibangunkan di atas tanah berkeluasan lebih kurang 35 ekar dan dilengkapi prasarana seperti pusat pembelajaran, pusat sumber, surau, gerai dan kawasan rekreasi.

Di kawasan mana program ini dilaksanakan ?
Program ini dilaksanakan di semua negeri di seluruh negara dengan Kerajaan Negeri masing-masing bertindak sebagai agensi pelaksana. Ketika ini sebanyak 9 buah negeri menjadi perintis projek iaitu Pahang, Melaka, Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Sabah dan Sarawak.

 

    NEGERI            LOKASI
    PAHANG            Desa Rimbunan Kaseh, Tanjung Besar, Daerah Lipis.
    JOHOR            Punggai, Mukim Pantai Timur, Daerah Kota Tinggi.
    MELAKA            Lot 2909, Lot 2266 (Mukim Serkam) dan Lot 738 (Mukim Tedong), Daerah Jasin.
    TERENGGANU        Lot 527, Mukim Abang, Daerah Dungun
    PERAK            Tanjung Tualang, Kg. Gajah, Daerah Perak
    NEGERI SEMBILAN     Padang Ragut, Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan
    SABAH            Kampung Saga-Saga, Membakut, Daerah Beaufort.
    SARAWAK            RGC Sundar, Kampung Awat-Awat, Lawas.
    PERLIS            Chuping, Perlis

 

Bagaimana caranya jika saya berminat untuk menjadi peserta Program Rimbunan Kaseh ?
Setiap negeri mempunyai kriteria pemilihan peserta yang tersendiri yang diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri yang berkenaan. Walau bagaimanapun, calon peserta yang produktif terdiri daripada golongan miskin, miskin tegar, mudah miskin, berpendapatan rendah dan ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga boleh juga diambil kira.

Pemantauan Bumiputera Sabah & Sarawak

Apakah terdapat sebarang jawatankuasa yang memantau pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak di bawah ICU JPM ?
Ya. Terdapat dua jawatankuasa telah diwujudkan untuk memantau bumiputera di Sabah dan Sarawak iaitu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak dan Jawatankuasa Teknikal Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Apakah skop pemantauan yang diberi tumpuan oleh jawatankuasa berkenaan terhadap pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak ?
Skop pemantauan yang diberi tumpuan oleh jawatatankuasa berkenaan meliputi penyertaan Bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan kesihatan dan infrastruktur asas, pendidikan dan kemiskinan.

  1. Bagaimana untuk melaporkan masalah berkaitan sistem-sistem yang diuruskan oleh ICU JPM (SPPII, eMerah, BLESS , eKasih dan Portal I Cerve U) ?
    Masalah-masalah berkaitan sistem boleh dilaporkan kepada Call Centre ICU JPM melalui saluran-saluran berikut :
    1. Telefon : 03-8000 8000
    2. Faks : 03-8888 3702
    3. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    4. Laman web : http://callcentre.icu.gov.my
  2. Bagaimana untuk menggunakan sistem Call Centre bagi melaporkan masalah sistem/aduan?
    Anda perlu mendaftar sebagai pengguna sistem melalui modul pendaftaran pengguna yang disediakan oleh sistem. Sila layari http://callcentre.icu.gov.my.
  3. Bagaimanakah untuk menggunakan Business Licensing Electronic Support System (BLESS) untuk memohon lesen/kelulusan/permit perniagaan ?
    Sila layari portal BLESS di http://open.bless.gov.my menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan rujuk panduan menggunakan BLESS yang terdapat dalam �ABC BLESS�
  4. Bagaimana untuk memohon ID Pengguna dan katalaluan untuk menggunakan Portal I Cerve U ?
    Portal I Cerve U adalah terbuka kepada semua rakyat malaysia. Pendaftaran untuk mendapatkan ID Pengguna dan katalaluan boleh dibuat secara online melalui portal tersebut. Sila layari http://www.icerveu.icu.gov.my

HAK CIPTA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK DAN KANDUNGANNYA YANG TERMASUK MAKLUMAT, TEKS, IMEJ, GRAFIK, FAIL SUARA, FAIL VIDEO DAN SUSUNANNYA SERTA BAHAN-BAHANNYA IALAH KEPUNYAAN (NAMA AGENSI) KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA. TIADA MANA-MANA BAHAGIAN LAMAN WEB INI BOLEH DIUBAH, DISALIN, DIEDAR, DIHANTAR SEMULA, DISIARKAN, DIPAMERKAN, DITERBITKAN, DILESENKAN, DIPINDAH, DIJUAL ATAU DIURUSKAN BAGI TUJUAN KOMERSIAL DALAM APA BENTUK SEKALIPUN TANPA MENDAPAT KEBENARAN SECARA BERTULIS YANG JELAS TERLEBIH DAHULU DARIPADA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK.

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI OLEH PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.

PAPARAN TERBAIK RESOLUSI 1024x768 IE 7.0++/MOZILLA FIRFOX/GOOGLE CHROME

PETA LAMAN     DASAR KESELAMATAN     DASAR PRIVASI     PASUKAN WEB


 

#