9 - 11 Disember 2016 Mesyuarat pengarah-pengarah SDO ICU JPM Bil.7 tahun 2016


CSS Gallery:
No images found in folder C:\xampp\htdocs\bm/images/galeri2016/

Mesyuarat Pengarah-Pengarah SDO ICU JPM Bilangan 7 Tahun 2016 telah diadakan pada 9 Disember 2016 sehingga 11 Disember 2016 bertempat di Homestay Santubong.

Mesyuarat ini melibatkan kehadiran seramai 50 orang terdiri daripada Ahli Mesyuarat iaitu Pengarah Negeri dan Pengarah Bahagian ICU JPM serta urusetia. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah ICU JPM.

Konsep mesyuarat pada kali ini agak berbeza. Kebiasaanya, mesyuarat diadakan di hotel dengan fasiliti yang lengkap dan selesa. Namun, pada kali ini mesyuarat yang diadakan berkonsepkan homestay. Konsep homestay yang dijalankan di Homestay Santubong ialah homestay dimana terdapat tuan rumah serta keluarga yang akan menginap sekali dan ada juga di antara rumah yang kosong tanpa tuan rumah. Ahli mesyuarat dan urusetia akan menginap di homestay yang berbeza yang telah ditetapkan.

Tujuannya ialah bagi memberi pendedahan serta pengalaman kepada semua ahli mesyuarat mengenai budaya kehidupan di kampung di samping mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara pegawai kerajaan dan penduduk kampung.

Selepas selesai mesyuarat berlangsung, terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan bersama penduduk kampung bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim. Antaranya ialah, Program Corporate Social Responsibility (CSR) dimana pembersihan Tanah Perkuburan dan pembersihan surau lama Kampung Santubong turut diadakan. Selain itu, majlis penyampaian sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan berdasarkan senarai yang berdaftar dalam data e-Kasih turut diadakan.

Majlis makan malam bersama penduduk kampung diadakan pada 10 Disember 2016. Majlis Makan Malam bertemakan majlis perkahwinan dan rewang diadakan bagi memberi pengalaman serta gambaran budaya kehidupan di kampung kepada semua ahli mesyuarat dan urusetia yang terlibat. Majlis makan malam diserikan dengan majlis persandingan pengantin diiringi pukulan kompang oleh kumpulan hadrah Kampung Santubong serta perarakan masuk pengantin menaiki perahu tambang. Menu yang disediakan juga bertemakan makanan ala kampung dan makanan tradisional Sarawak.

Mesyuarat Pengarah-Pengarah SDO ICU JPM Bil 7 Tahun 2016 berakhir dengan simbolik penanaman pokok oleh YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah ICU JPM pada 11 Disember 2016.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat kali ini. Kerjasama yang sangat baik telah diberikan oleh semua kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak, ICU JPM, Penghulu Kampung Santubong, Ketua Kampung Santubong, JKKK Kampung Santubong dan Hajah Jamilah Shukri selaku penyelaras Homestay Santubong.

HAK CIPTA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK DAN KANDUNGANNYA YANG TERMASUK MAKLUMAT, TEKS, IMEJ, GRAFIK, FAIL SUARA, FAIL VIDEO DAN SUSUNANNYA SERTA BAHAN-BAHANNYA IALAH KEPUNYAAN (NAMA AGENSI) KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA. TIADA MANA-MANA BAHAGIAN LAMAN WEB INI BOLEH DIUBAH, DISALIN, DIEDAR, DIHANTAR SEMULA, DISIARKAN, DIPAMERKAN, DITERBITKAN, DILESENKAN, DIPINDAH, DIJUAL ATAU DIURUSKAN BAGI TUJUAN KOMERSIAL DALAM APA BENTUK SEKALIPUN TANPA MENDAPAT KEBENARAN SECARA BERTULIS YANG JELAS TERLEBIH DAHULU DARIPADA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK.

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI OLEH PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.

PAPARAN TERBAIK RESOLUSI 1024x768 IE 7.0++/MOZILLA FIRFOX/GOOGLE CHROME

PETA LAMAN     DASAR KESELAMATAN     DASAR PRIVASI     PASUKAN WEB


 

#