23 hingga 24 OKTOBER 2016 - Bengkel Penyediaan Dokumen Tender Sekolah Daif Di Sabah Dan Sarawak

Satu Bengkel Penyediaan bagi Dokumen Tender Sekolah Daif di Sabah dan Sarawak telah diadakan di Kuching, Sarawak pada 23 hingga 24 Oktober 2016. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membincang dan menyediakan dokumen tender untuk keperluan teknikal bagi pelaksanaan projek sekolah daif di Sabah dan Sarawak. Bengkel ini dihadiri oleh pegawai dari ibu pejabat ICU JPM, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak dan Sabah, Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Sabah. Peserta bengkel telah dibahagikan mengikut kumpulan D-Team masing–masing bagi melihat spesifikasi yang diperlukan dalam pelaksanaan projek ini. Hasil daripada bengkel ini akan dimurnikan semula oleh pihak urusetia bengkel sebelum dibentangkan kepada pengurusan atasan. Pelaksanaan projek ini pula dijangka bermula pada bulan November ini.

Bengkel selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Hj. Hadzir bin Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM (Pusat Transformasi Penyampaian)

 

Dikemaskini oleh:
Seksyen Pemantauan

HAK CIPTA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK DAN KANDUNGANNYA YANG TERMASUK MAKLUMAT, TEKS, IMEJ, GRAFIK, FAIL SUARA, FAIL VIDEO DAN SUSUNANNYA SERTA BAHAN-BAHANNYA IALAH KEPUNYAAN (NAMA AGENSI) KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA. TIADA MANA-MANA BAHAGIAN LAMAN WEB INI BOLEH DIUBAH, DISALIN, DIEDAR, DIHANTAR SEMULA, DISIARKAN, DIPAMERKAN, DITERBITKAN, DILESENKAN, DIPINDAH, DIJUAL ATAU DIURUSKAN BAGI TUJUAN KOMERSIAL DALAM APA BENTUK SEKALIPUN TANPA MENDAPAT KEBENARAN SECARA BERTULIS YANG JELAS TERLEBIH DAHULU DARIPADA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK.

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI OLEH PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.

PAPARAN TERBAIK RESOLUSI 1024x768 IE 7.0++/MOZILLA FIRFOX/GOOGLE CHROME

PETA LAMAN     DASAR KESELAMATAN     DASAR PRIVASI     PASUKAN WEB


 

#