31 Jan 2016 - PM Lawat SK Ladong & Jambatan Sadong Sebuyau Sarawak

31 Januari 2016 :-YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri telah membuat lawatan kerja ke Sarawak selama 2 hari pada 30 -31 Januari 2016. Pada sebelah pagi (31 Januari), beliau telah melawat Sekolah Kebangsaan Sg. Ladong, Sebuyau dengan menaiki helikopter. Beliau di sambut oleh ADUN Sebuyau, Ahli Parlimen Kawasan dan diiringi oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Di Sekolah Kebangsaan Sg. Ladong, beliau telah beramah mesra dengan para guru dan murid-murid sekolah berkenaan dan mengumumkan pembinaan semula sekolah baru dengan peruntukan sebanyak RM15 juta yang diluluskan dalam RMK-11 di tapak baru manakala sekolah sementara akan dibina dengan menggunakan teknik Industrialised Building System (IBS) mengambil masa 5 minggu untuk siap.

Seterusnya, beliau melawat projek Jambatan Batang Sadong yang masih berstatus dalam pelaksanaan. Kos projek jambatan yang bernilai RM231 juta sepanjang 1.4KM ini dijangka siap pada penghujung bulan Ogos 2016 dijangka akan memudahkan penduduk tempatan dari daerah Samarahan untuk berkunjung ke daerah simunjan di samping dapat memendekkan perjalanan yang sebelum ini menggunakan perkhidmatan feri. Selanjutnya, YAB Perdana Menteri berangkat menaiki helikopter untuk kembali ke Kuching sebelum berangkat ke Bintulu selepas itu.

Dikemaskini oleh: Seksyen Pemantauan

Tarikh kemaskini: 03/02/2016

 

 

HAK CIPTA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK DAN KANDUNGANNYA YANG TERMASUK MAKLUMAT, TEKS, IMEJ, GRAFIK, FAIL SUARA, FAIL VIDEO DAN SUSUNANNYA SERTA BAHAN-BAHANNYA IALAH KEPUNYAAN (NAMA AGENSI) KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA. TIADA MANA-MANA BAHAGIAN LAMAN WEB INI BOLEH DIUBAH, DISALIN, DIEDAR, DIHANTAR SEMULA, DISIARKAN, DIPAMERKAN, DITERBITKAN, DILESENKAN, DIPINDAH, DIJUAL ATAU DIURUSKAN BAGI TUJUAN KOMERSIAL DALAM APA BENTUK SEKALIPUN TANPA MENDAPAT KEBENARAN SECARA BERTULIS YANG JELAS TERLEBIH DAHULU DARIPADA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK.

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI OLEH PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.

PAPARAN TERBAIK RESOLUSI 1024x768 IE 7.0++/MOZILLA FIRFOX/GOOGLE CHROME

PETA LAMAN     DASAR KESELAMATAN     DASAR PRIVASI     PASUKAN WEB


 

#