16 Januari 2016 - MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL 1AZAM

 

16 Januari 2016 – Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga telah mengadakan Karnival 1Azam - Akhiri Zaman Miskin selama dua hari pada 16 hingga 17 Januari 2016 di Kompleks Kubah Ria dan tempat letak kereta Medan Niaga Satok Kuching. Karnival tersebut berkonsepkan pameran, jualan dan perkhidmatan bagi memberikan peluang kepada peserta program 1Azam yang berjaya untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Seksyen Kesejahteraan Rakyat (PPPN Sarawak) telah dilantik sebagai Jawatankuasa Sambutan dan Perasmian, bertanggungjawab memastikan majlis perasmian Karnival 1Azam – Akhiri Zaman Miskin dan Pelancaran Buku Info Bantuan berjalan dengan lancar. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak. Dalam pada itu juga, penyampaian anugerah peserta terbaik 1Azam negeri Sarawak oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak diiringi bersama oleh YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak.

 

 

Dikemaskini oleh:

Seksyen Kesejahteraan Rakyat PPPN Sarawak

HAK CIPTA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK DAN KANDUNGANNYA YANG TERMASUK MAKLUMAT, TEKS, IMEJ, GRAFIK, FAIL SUARA, FAIL VIDEO DAN SUSUNANNYA SERTA BAHAN-BAHANNYA IALAH KEPUNYAAN (NAMA AGENSI) KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA. TIADA MANA-MANA BAHAGIAN LAMAN WEB INI BOLEH DIUBAH, DISALIN, DIEDAR, DIHANTAR SEMULA, DISIARKAN, DIPAMERKAN, DITERBITKAN, DILESENKAN, DIPINDAH, DIJUAL ATAU DIURUSKAN BAGI TUJUAN KOMERSIAL DALAM APA BENTUK SEKALIPUN TANPA MENDAPAT KEBENARAN SECARA BERTULIS YANG JELAS TERLEBIH DAHULU DARIPADA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK.

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI OLEH PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.

PAPARAN TERBAIK RESOLUSI 1024x768 IE 7.0++/MOZILLA FIRFOX/GOOGLE CHROME

PETA LAMAN     DASAR KESELAMATAN     DASAR PRIVASI     PASUKAN WEB


 

#