I Jan 2016 - Sarawak Negeri bebas Tol Pertama Di Malaysia

KUCHING 1 Jan. - Hujan sejak awal pagi tidak memadamkan kemeriahan sambutan tahun baharu dan pengiraan detik 12 malam sekali gus turut menyaksikan negeri ini bebas daripada sebarang tol.

Lebih 13,000 penduduk dari sekitar bandar ini hadir seawal pu­kul 8 malam sehingga ambang tahun baharu.

Sambutan tahun baharu kali ini cukup signifikan apabila menyaksikan pemansuhan tol Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Mohammad Salahuddin, menjadikan Sarawak sebagai negeri bebas tol yang pertama di Malaysia.

Dalam ucapannya, Ketua Men­teri, Tan Sri Adenan Satem berkata, tiga janji beliau kepada rakyat untuk memansuhkan tiga tol di negeri ini telah ditunaikan.

“Selagi Adenan menjadi Ketua Menteri, tiada tol, itu janji saya.

“Lebuh Raya Pan Borneo yang akan dibina kira-kira 1,000 kilometer di negeri ini juga tiada tol yang mendapat jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri,” katanya disambut tepukan gemuruh orang ramai yang turut hadir dalam majlis tersebut di Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Mohammad Salahuddin di sini malam tadi.

Tambah Adenan, beliau ju­ga akan terus menuntut hak Sa­rawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bagi man­faat rakyat dan negeri.

“Kita lebih mengetahui apa yang terbaik buat negeri ini. Saya juga dapat persetujuan UMNO untuk tidak masuk ke Sarawak dan jika parti itu tidak masuk, begitu juga parti-parti lain dari Semenanjung seperti DAP, PKR dan Pas,” ujarnya.

Tol enam laluan dua hala itu yang merentasi Sungai Sarawak mula beroperasi pada Oktober 2003 dengan konsesi dijadual tamat pada 30 September 2036.

Bagaimanapun, hasil beberapa siri perbincangan kerajaan negeri dipimpin Adenan bersama syarikat konsesi, Zecon Toll Concessionaire Sdn. Bhd. membuahkan hasil setelah mereka bersetuju memansuhkan kutipan tol bermula hari ini.

Selain jambatan itu, peman­suhan tol juga membabitkan Jam­batan Lanang di Sibu (Mei lalu) dan Jambatan ASEAN di Baram, Miri pada Jun lalu.

sumber: www.utusan.com.my

 

HAK CIPTA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK DAN KANDUNGANNYA YANG TERMASUK MAKLUMAT, TEKS, IMEJ, GRAFIK, FAIL SUARA, FAIL VIDEO DAN SUSUNANNYA SERTA BAHAN-BAHANNYA IALAH KEPUNYAAN (NAMA AGENSI) KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA. TIADA MANA-MANA BAHAGIAN LAMAN WEB INI BOLEH DIUBAH, DISALIN, DIEDAR, DIHANTAR SEMULA, DISIARKAN, DIPAMERKAN, DITERBITKAN, DILESENKAN, DIPINDAH, DIJUAL ATAU DIURUSKAN BAGI TUJUAN KOMERSIAL DALAM APA BENTUK SEKALIPUN TANPA MENDAPAT KEBENARAN SECARA BERTULIS YANG JELAS TERLEBIH DAHULU DARIPADA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK.

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI OLEH PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN INI.

PAPARAN TERBAIK RESOLUSI 1024x768 IE 7.0++/MOZILLA FIRFOX/GOOGLE CHROME

PETA LAMAN     DASAR KESELAMATAN     DASAR PRIVASI     PASUKAN WEB


 

#